Sunday, 13 May 2012

persimpangan hidup

aku duduk termenung di bilik
merehatkan diri setelah habis bekerja
mengenangkan kecuaian diriku tetang melanjutkan pelajaran
kini aku bagaikan terasa seperti manusia yang tidak tenang hidupnya
kerana terpaksa mengahabiskan sisa sisa umur mudaku dengan berkarier
bukan dengan belajar.
kini aku mengenali apa itu erti sebenar penyesalan yang besar
kini aku perlu menanti seatahun untuk memulakan kembali perjalanan aku
sebagai seorang pelajar
mungkin penantian ini ade penghujung yang baik kelak
aku tak pasti
kini
aku terasa keyakinanku merudum,menurun mendadak
terasa tubuh ini longlai, tak bermaya
namun
itu semua aku tidak endah kan
dengan semangat yang membara di dalam diri kudus ku ini
aku pasti akan mengambil lencongan perjalanan hidup ku ini dengan tabah
akan aku bina semula cita cita yang hampir terkubur ini
dengan pengalaman yang ada di dada
mungkin ini satu lagi dugaan Tuhan kepadaku
supaya aku boleh menyedari sesuatu darinya
ya
di dalam perjalanan penantian ini
telah banyak aku belajar
mempelajari sesuatu yang tak pernah aku sangkakan
menjadi seorang yang mampu menguruskan
sebuah sistem audio
tak pernah terlintas diotak ku untuk menjadi
seorang yang mungkin akan mampu meguruskan
sesebuah event
ya
kita selalu mendengar perumpamaan
"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
dan ak merasakan ini mungkin hikmahnya
dimana aku diajar perkara yang tak pernah aku terfikir
untuk aku lakukan di dunia ini.

dengan pergolakan yang berlaku dalam hidupku ini
aku perlu bersabar untuk menantikan hasilnya suatu hari nanti

ingatlah
dalam perjalanan hidup ini banyak persimpangan
yang akan membawa kita ke arah yang lebih berliku
untuk kita hadapi
ambil lah cabaran itu dengan sabar dan jangan pernah merasa
diri kita tidak berguna
setiap insan didunia ini
telah dikurnia dengan kebolehan masing masing
jangan bazirkan dan gunakanlah sebaik baiknya


Friday, 11 May 2012

bangku usang yang sepi

BANGKU USANG


SEBUAH BANGKU USANG
TELETAK SEPI DI SUDUT KAMAR
HIASAN NYA COMPANG CAMPING
DISELAPUTI DEBU-DEBU SILAM
PADA IA TERSIMPAN SEGALA EPISOD
SUKA DAN DUKA DARI ZAMAN KE ZAMAN
SETIAP CELANYA ITU MENJADI SAKSI SEGALA CERITA
JIKA BANGKU ITU BISA BERBICARA
MAKA TERUNGKAPLAH SEGALA KEBENARAN SETIAP KISAH
DAN BERUBAHLAH KISAH MASA HADAPAN
SEBUAH BANGKU USANG DI SUDUT KAMAR

(H.HAFIZ,2012)





SEJARAH YANG MENGAJAR KITA.


hidup didunia ini ada rintangan dan halangan. yang membuat kita lebih tabah menempuh perjalanan setiap episod kehidupan kita.apa jua yang memdatang haruslah diteriama dengan cekal dan cuba mencari apa yang terbaik untuk diri kita.jangan mudah kita mengalah di persimpangan.

Saturday, 21 April 2012

jalan yang berliku

JALAN

JALAN JALAN YANG BERLIKU
PASTI KITA KAN TEMPUHI
PASTI KAN MENEMUI KITA
KITA PERLU MENONGKAH ARUS
MELAWAN SEGALA HALANGAN DI HADAPAN MATA
AGAR JALA JALAN YANG BERLIKU ITU
DAPAT DILALUI CANTIK BELOK NYA
TETAPKAN HATI AGAR TIDAK TERBABAS DI PERSIMPANGAN JALAN
HIDUP INI TIDAK SEMUDAH ABC,123
TAPI BANYAK LIKU LIKU TAJAM YANG MENANTI DI PERTENGAHAN JALAN
JAGALAH HATI, TEGUHKAN IMAN
PASTI KAU BOLEH TEMPUHI SEGALANYA

(H.HAFIZ , 2012)


puisi ini saya ilhamkan dari kesilapan yang amat besar yang telah saya hadapi. dan kini saya terpaksa berusaha  menaiki balik tangga yang telah saya kecundang dahulu.saya melihatkan masa depan yang cerah. jadi say bangkit balik dan memula kan balik perjalan yang saya tersungkur di pertengahan dengan semangat waja. saya harap kepda pembaca jika anda kecundang cuba bangkit kembali dengan semangat yang teguh dan lawan kembali kesilapan dahulu.

semoga setiap keputusan anda dipilih dengan betul dan tetapkan hati kerana satu langkah boleh mengubah segalanya.





the road that taken us ..

.

Sunday, 8 April 2012

kata memberi makna



cantik itu abstrak bagiku...
KATA

TIADA KATA YANG BOLEH
KU GAMBARKAN KEAYUANMU
TIADA APA YANG BOLEH MENANDINGI SIFATMU
"CANTIK"
BUKAN KATA YANG BOLEH KULAFAZKAN KEPADAMU SANG JUWITA
AKAN KU CARI KATA YANG LEBIH HEBAT, LEBIH SAKTI
UNTUK KU BERIKAN PADA MU
BIAR TERKESIMA SANG PUJANGGA DIDUNIA
PABILA MENDENGAR LAFAZKU KELAK
KERANA DIKAU SATU DALAM SEJUTA.


cantik, indah , lawa bukan lah kata yang terhebat untuk kita menilai seseorang.
mungkin ada kata yang lebih perdana dari itu.tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan.
renung renungkan ....


Thursday, 15 March 2012

earth story

earth story

when the sky is crying
when the wind is blowing
when the tree is waving
thus the earth told a story
a sad story,
that hasn't been told before
the story that can make others cry
that can make others wonder
that can be a guidance
to the people to continue their live
thus the earth teach the people to live
for the people of the earth
live with joy and don't regret



hanya 2 paper lagi yang memisahkan aku dengan bumi kuantan ini. aku mahu menggunakan sisa sisa masa ini dengan terbaik.aku harap kawan kawan ku dapat mengharungi peperangan peperahan otak ini dengan baik. may god bless you all.



the earth that telling us the story!


Thursday, 8 March 2012

hari-hari aku yang asing

Wangi kau lalu
Wangi bagaikan oh bunga
Kau tak kenali
Aku yang selalu perhatikanmu

Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang

Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta

Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku
Melalui lagu ini ohh untukmu


rangkap diatas merupakan sebuah lagu dari band hujan. lagu ini amat bermakna bagi saya kerana tajuknya amat mendalam maksudnya. bagi saya maksud lagu ini amat cantik.
pada pendapat saya lagu ini adelah sikit sikit macam saye punye perangai. aku adelah melihat seorang wanita ini. saya pandang dari jauh jer. tak berani nak berdepan. hanya dengan melihat die tersenyum hati rase terubat jika sakit, sedih jadi gembira. bkan jer saya sorang jer cam nie..ramai jer orang lain sebegini di luar sana...biarlah kita hanya menjadi bayang bayang di waktu siang...dari tersalah langkah dan langsung x dapat ckap,tengok dan berhappy dengan orng yang kita suka tu..

hanya sebuah coretan ringkas sebelum sisa sisa kehidupan di bumi lalang ini habis..

bayang bayang yang setia melihat mu..



Friday, 2 March 2012

bila kelkatu berbicara....

 ku habiskan sisa- sisa kehidupan di tanah kuantan dengan sabar. sebarang dugaan dari yang Maha Esa ku tempuhi dengan tabah. sgala memori yang tercipta di tanah kuantan ynag hebat ini akan ku sematkan di dalam hati tulus ini.
segala pahit manis yang aku rasai disini akan ku telan sendiri dan akan ku bawa pergi bersama diri ini ke tempat asalku.

nanti, pabila aku ke tempat lain untuk melanjutkan pengajian ku akn ku gunakan pengalaman hidup ku di bumi kuantan ini untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih bertauliah. aku ingin berterima kasih kepada insan - insan yang telah mengajarku menjadi lelaki yang lebih peka yang lebih tahu tentang kehidupan ini.rupanya banyak lagi pekara yang aku tidak tahu wujud di dunia ini. tanpa mereka mungkin aku masih di takuk yang lama dan masih menjadi diri yang tidak sempurna hidupnya.

'hidup ini bagai kan roda, sekejap dibawah dan sekejap di atas'.

ungkapan ini sebenarnya satu kata kata yang benar tentang kehidupan ini. ternyata, adakalanya kita berada di satu tahap dimana diri kita ini di hargai dan di kenali tetapi kita juga akn merasai pahit maung hidup ini sebagai satu pusingan hidup selepas merasai kebahagian. Tuhan itu Maha Adil. kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. mungkin, masiah ade insan di luar sana merasa kan diri mereka sentiasa dia atas tapi satu masa nanti pasti ada celanya.

sebagai penutup bicara, kita hidup di bumi ini hendaklah membantu satu sama lain biarpun berlainan bangsa, agama atau warna kulit sekalipun. kita renung renungkan segal khilaf kita dan cuba membaikinya supaya kita menjadi insan yang lebih baik dan berkualiti.

terakhir sekali,saya ada mencipta satu puisi bertajuk

BILA KELKATU BERBICARA

bila kelkatu berbicara,
manusia sejagat berhenti,
mendengar kisah sang kelkatu,
sedih tak terhingga.
sehingga habis kata-katanya
airmatanya berlinangan.
lalu terbanglah sang kelkatu dengan sepasang sayap usangnya
mencari yang hakiki.

(H.Hafiz,2012)




TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG MEMBACA



kelkatu yang hiba terbang bersama rasa sedih