Friday 2 March 2012

bila kelkatu berbicara....

 ku habiskan sisa- sisa kehidupan di tanah kuantan dengan sabar. sebarang dugaan dari yang Maha Esa ku tempuhi dengan tabah. sgala memori yang tercipta di tanah kuantan ynag hebat ini akan ku sematkan di dalam hati tulus ini.
segala pahit manis yang aku rasai disini akan ku telan sendiri dan akan ku bawa pergi bersama diri ini ke tempat asalku.

nanti, pabila aku ke tempat lain untuk melanjutkan pengajian ku akn ku gunakan pengalaman hidup ku di bumi kuantan ini untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih bertauliah. aku ingin berterima kasih kepada insan - insan yang telah mengajarku menjadi lelaki yang lebih peka yang lebih tahu tentang kehidupan ini.rupanya banyak lagi pekara yang aku tidak tahu wujud di dunia ini. tanpa mereka mungkin aku masih di takuk yang lama dan masih menjadi diri yang tidak sempurna hidupnya.

'hidup ini bagai kan roda, sekejap dibawah dan sekejap di atas'.

ungkapan ini sebenarnya satu kata kata yang benar tentang kehidupan ini. ternyata, adakalanya kita berada di satu tahap dimana diri kita ini di hargai dan di kenali tetapi kita juga akn merasai pahit maung hidup ini sebagai satu pusingan hidup selepas merasai kebahagian. Tuhan itu Maha Adil. kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. mungkin, masiah ade insan di luar sana merasa kan diri mereka sentiasa dia atas tapi satu masa nanti pasti ada celanya.

sebagai penutup bicara, kita hidup di bumi ini hendaklah membantu satu sama lain biarpun berlainan bangsa, agama atau warna kulit sekalipun. kita renung renungkan segal khilaf kita dan cuba membaikinya supaya kita menjadi insan yang lebih baik dan berkualiti.

terakhir sekali,saya ada mencipta satu puisi bertajuk

BILA KELKATU BERBICARA

bila kelkatu berbicara,
manusia sejagat berhenti,
mendengar kisah sang kelkatu,
sedih tak terhingga.
sehingga habis kata-katanya
airmatanya berlinangan.
lalu terbanglah sang kelkatu dengan sepasang sayap usangnya
mencari yang hakiki.

(H.Hafiz,2012)




TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG MEMBACA



kelkatu yang hiba terbang bersama rasa sedih

No comments:

Post a Comment